Berpeluang Berbual Bersama TMJ , Ini Pengalaman Yang Dikongsikan..

Johor Confession

Siapa tidak kenal dengan TMJ. TMJ begitu dikenali di kalangan orang Johor. Bukan itu sahaja , TMJ begitu popular sekali seiring bersama dengan pasukan bola sepak JDT.

Berpeluang berbual secara lebih dekat bersama dengan TMJ pastinya pengalaman ini dikongsikan di laman social Facebook milik pemegang akaun Ibrayusarima Ibrahim.

Menggelarkan dirinya sebagai ‘Mak Inche’ , inilah pengalaman yang dirasai Mak Inche sepanjang bertemu dengan TMJ ;

Kredit sepenuhnya dari Facebook Ibrayusarima Ibrahim

Jarang Mak Inche menonjolkan diri setiap kali terpaksa mengikut Pak Inche bertugas. Ada kala Mak Inche cuma menghantar atau menunggu di dalam kereta.

Kalau ada perlawanan bola persahabatan yang melibatkan DYAM Tunku Mahkota Johor sekalipun, Mak Inche memilih untuk duduk di bangku penonton.

Waktu jamuan teh, Mak Inche duduk belakang2 menyorok, hahaha.
Tapi semalam, hendak tak hendak tak ada pilihan apabila Pak Inche diundang untuk ‘berdebat’ dalam No Holds Barred dalam siaran live JST di page JST. Pak Inche tak bagi tunggu dalam kereta sebab program tu akan berlangsung lama (tak tahu habis pukul berapa).

Tempat tersebut juga agak privacy untuk keluar masuk dan Pak Inche sendiri belum pernah lagi ke sini. Jadi, Mak Inche ikut la buntut Pak Inche korang dan menanti di ruang menunggu semasa live tersebut.

Lepas program, TMJ berbual santai dengan pegawai-pegawai yang ada dan semasa hendak turun ke lif, tuanku bertanya adakah Pak Inche pernah melihat keadaan dalam stadium baru yang hampir siap. Bila Pak Inche kata belum, tuanku mengajak Pak Inche untuk melihat sendiri dan Pak Inche menggamit Mak Inche ikut sekali.

Laju-laju la Mak Inche ikut masuk lif sekali, takut kena tinggal, fuhhhh.. seumur hidup Mak Inche tak pernah terbayang akan bersama dengan TMJ dalam lif yang sama dengan jarak tak sampai dua kaki….

TMJ : Yang ini siapa?
Pak Inche : She is my wife
TMJ : Oooo.. Tak pernah nampak, baru hari ni jumpa. Orang mana?
Mak Inche : Orang Johor
TMJ : Oh, patutlah awak tak nak keluar Johor, (seloroh TMJ pada Pak Inche sambil ketawa)

Lepas tu sempatlah sembang sikit2 pasal family sebelum lif mendarat.

Kami dibawa melihat ke dalam stadium yang begitu gah. Dengan struktur bangunan berbentuk melengkung, barisan kerusi penonton yang membiru, padang yang menghijau dan terentang banner, Private Place, No Photo, No Video. Jadi, Mak Inche akur, apa yang terbentang hanya buat tatapan mata sendiri, belum boleh dikongsi.

Dan Pak Inche diberi penghormatan untuk menjejakkan kaki ke padang bola sepak yang bakal menempa banyak sejarah dibawa oleh TMJ sendiri. Tuanku kelihatan begitu ceria menerangkan setiap sudut stadium impiannya yang bakal dihadiahkan kepada peminat bola sepak JDT. Tungguuuuuuu tau!!

Berikut merupakan video No Holds Barred yang disiarkan di Facebook JST.

HRH Tunku Mahkota Ismail's NO HOLDS BARRED session. Watch NOW!

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, December 6, 2019

Leave a Reply