mee rebus

Selain Mee Rebus Haji Wahid, mee rebus ini korang wajib cuba!!

JB Best!

Kebiasaannya, jika ke JB ataupun yang berada di Johor Bahru pasti sudah cukup mengenali Mee Rebus Haji Wahid. Bukan itu sahaja, Mee Rebus Haji Wahid ni dikatakan sebagai “signature of johor” .

Makanan mee rebus ni pulak memang sudah sebati dengan rakyat Johor. Kenapa korang kena cuba mee rebus yang min nak cadangkan ni?

Sebabnya dia langsung tak sama dengan Mee Rebus Haji Wahid. Mee Rebus House. Pertama kali mendengar , min tidak meletakkan expectation yang tinggi kerana sebagai Johorean , tekak kita memang sudah terbiasa dengan mee rebus.

Pelbagai mee rebus yang terdapat disini

Tetapi, Mee Rebus ini didatangkan dengan flavor yang berbeza. First time min dengar mee rebus puyuh! Fuhh memang lepas lepas tu terus jadi kegemaran tekak ni bila datang ke sini.

Selain daripada puyuh , terdapat juga mee rebus ayam , daging , udang , dan yang paling memukau iaitu mee rebus gear box! Peh , kalau yang jenis kaki sedut gear box tu komfom nak makan yang ni.

Min siap tambah extra puyuh lagi

Senang je nak pergi ke sini, ianya berdekatan dengan KSL Mall JB. Kalau waze je komfom jumpa. Tolong lah datang ke sini kalau korang nak rasa mee rebus yang mempunyai flavor tambahan. Min memang dah banyak kali repeat makan kat sini. Selesa, puas hati dan berbaloi!

Mee Rebus House 8, Jalan Balau, Taman Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor

Leave a Reply