legoland

Dekat Legoland tu ade ape sebenarnya ehk?

JB Best!

Min rasa walaupun dah bertahun Legoland tu dibuka, ramai je sebenarnya masih tak tahu apa yang ada dekat dalam tu. Aktiviti apa yang boleh dilakukan bila disana. Cukup ke sebenarnya habiskan masa satu hari?

Pandangan admin secara jujurnya , tak cukup! Tambahan pula , sekarang ni dah banyak lagi kemudahan yang ditambah antaranya sekarang dah ada Sealife Malaysia. Sealife ni betul betul depan kaunter tiket dan tempat masuk ke themepark Legoland tu

legoland

Apa yang ada di dalam Sealife tu? Peminat ikan ataupun hidupan di dalam air pasti rasa teruja bila berada disini. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai jenis ikan yang kita jarang lihat dan disini kita mampu melihatnya secara lebih dekat. Tengok la sendiri video yang kami sediakan untuk anda semua.

Bukan ada lego je dekat themepark tu, tapi makanan yang disediakan oleh pihak Legoland semuanya tiptop! Min rasa patut lah ramai yang nak sangat datang ke sini. Bukan hanya sekadar entertainment place tetapi makanan disini semuanya sedap-sedap belaka. Kata orang, tekak kita yang Johorean ni memang komfom boleh terima.

Nama pun tama tema Lego, mestilah syurga Lego kan. Bukan itu sahaja yer, terdapat juga 4D Movie yang korang boleh tonton serta Lego Friends musical show. Wow, best kan!!

Satu hari jika berada disini sangatlah tidak mencukupi. Min cadangkan korang spent masa sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam menginap di Hotel Legoland. Beli je terus kombo tiket Sealife + Themepark + Waterpark. Haa, enjoy la korang sepuasnya.

Kalau yang Johorean tu pula , Legoland ada menyediakan annual pass. Yang ni lagi best kan. Okay, jom ke Legoland! Sampai Legoland, check in dan tag la @sayadijohor okay!

Leave a Reply