
SWISS INN JOHOR BAHRU ANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Pada 14 Mei 2019 telah berlangsungnya majlis berbuka bertempat di The Rileks Cafe , Swiss Inn Johor Bahru. Bertemakan “Nostalgia Citarasa Ramadan” , Swiss Inn JB tampil untuk membuat majlis berbuka puasa.
Majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh para pelajar dari Sekolah Kanak-kanak Kerencatan Johor dan juga pelajar dari Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur. Majlis bermula sekitar jam 6 petang dimana semua para pelajar serta guru berkumpul.

Tepat pada waktu berbuka puasa , salah seorang dari pelajar Madrasah Tahfiz itu melaungkan azan sebagai tanda masuknya waktu untuk berbuka. Selepas itu , semua tetamu menjamu selera.

para pelajar dari Sekolah Kanak-kanak Kerencatan Johor
Selesai menjamu selera , upacara menyampaikan hadiah dan duit raya disampaikan oleh pihak pengurusan Swiss Inn Johor Bahru. Selepas itu , semua pelajar juga bergambar beramai-ramai sebelum mereka beredar pulang.
Terima kasih kepada pihak Swiss Inn JB kerana sudi menjemput team Saya Di Johor.